Quantcast
Channel: You Are Supermom!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 29

Jalan-jalan Pusing Venice (Part 1)

$
0
0

Sebelum tiba di Venice, suami memang ada beritahu saya dia baca blog tentang ramai pelancong yang sesat di celah-celah bangunan di Venice. Masa tu, saya tak boleh nak imagined macam mana keadaan sesat tu. Okey, let us just see.. harapnya tak sesatlah sebab jenuhlah pulak sesat dengan anak kami yang 4 orang tu.

Hari pertama tu kan kami berjaya naik gondola then sambung urusan closing. Hari kedua, barulah saya happy sambung aktiviti jalan-jalan. So, hari kedua tu kami plan untuk jalan-jalan ke Saint Mark’s Basilica. Berpandukan Google Map kami dapati jaraknya lebih sejam kalau nak jalan kaki daripada hotel tempat kami menginap. So, saya cakap pada suami lebih baik kami guna servis water bus aje. Jimat masa. Tambahan pula, petang tu kami nak pergi tengok teater.

Hotel Principe yang kami sewa di Venice ni dekat aje dengan Stazione Termini dan lain-lain hub kemudahan pengangkutan awam. Suhu pagi tu sejuk sangat.

Venice Termini
Tengah decide nak ke Piazza San Marco naik apa

 

Tiket waterbus Venice
Tiket waterbus Venice

Tiket water bus  sehala Venezia Unica berharga 7.5 Euro seorang dewasa; dan PERCUMA untuk kanak-kanak. So, total ialah 30 Euro. Okeylah tu dalam RM140. Janji tak perlu tolak stroller jauh-jauh. Jenuh juga saya bayangkan kena turun naik jambatan-jambatan kecil bertangga kat Venice ni kalau tak guna water bus.

Alhamdulillah, perjalanan ke San Marcus Basilica mengambil masa lebih kurang 30 minit aje dengan water bus. Seronok pun seronok sebab dapat tengok kecantikan Venice dari atas air. Masa naik gondola sebelum tu, kami lebih banyak melalui celah-celah bangunan berbanding dengan water bus ni kita memang berada di kawasan terusan yang luas.

Venice waterbus feeling2 local
Konon #liveupdate dari Venice
waterbus 2 tingkat di Venice
waterbus 2 tingkat
Gereja tepi air Venice
Gereja tepi air Venice

 

Pindahkan lori pun guna pengangkutan air di Venice
Pindahkan lori pun guna pengangkutan air

 

 

 

Venice waterbus
Icha kesejukan sangat sebenarnya
Gondola unik di VEnice
Gondola unik di Venice

Alhamdulillah.. lebih kurang 40 minit kami tiba di hentian San Zaccaria. Gembiranya!

San Zaccaria stop for Piazza San Marco
San Zaccaria stop for Piazza San Marco
Piazza San Marco
Posing dulu.. shopping later k
gondola
Gondola
Artist at Venice
Mkb sempat posed lepas beli lukisan
Merpati Venice
Kesukaan Ichabella ni
merpati Venice
Terus fresh jumpa burung
Am Merpati Venice
Ni paling comel
Venice mini bridges
Macam ni la tangga jambatan Venice
Celah-celah bangunan ni selalu orang sesat
Celah-celah bangunan ni selalu orang sesat
Jambatan Rialto under renovation
Jambatan Rialto under renovation

Penat tolak stroller, kami pergi cari makan. Jenuh pulak nak cari makanan halal tapi alhamdulillah jumpa sebuah restoran ni. Masa kat Stockholm dulu, ada Malay bagi tips kat kami, selain salmon boleh order seafood. Lepas makan, kami shopping souveniers sikit (gambar takleh upload masuk entri pulak)

Ikan Salmon
Ikan Salmon
Lepas makan, shopping dan main burung lagi
Lepas makan, shopping dan main burung lagi
topi gondolier
Amak beli topi gondolier, cantik kan?
baju comel
Baju comel
slope
Stroller kena la ada slope macam ni
gondola servise
gondola service
jadual perjalanan waterbus
jadual perjalanan waterbus
12339078_10153706767667978_5161241182954896583_o
Posing sebelum berangkat pulang ke hotel
12314733_10153706769682978_6794786484537277756_o
Route yang dilalui
11233578_10153706769452978_5562569510800248210_o
Macam ni la kami dalam tu hehe

Alhamdulillah.. memang enjoy sangat jalan-jalan kat San Marco tu. Terutamanya bab main kejar-kejar burung merpati tu. Icha siap tapau roti dari restoran sebab nak bagi burung makan. Cuma, sebab anak-anak pun dah keletihan nampaknya dan kami pulak dah beli tiket teater “Venezia the Show” malam nanti, so kenalah pulang ke hotel dulu.

Apapun, tunggu je next entry saya tentang kisah kami sesat di Venice malam tu..

Sekian celoteh mak anak 4..

 

Hadhatina Mkb

#MakAnakRamai


Viewing all articles
Browse latest Browse all 29

Trending Articles